Seawal aku memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah, memang banyak benda-benda sumbang yang didengar dari pelbagai sudut. Tatkala tu jugak aku sedar dan perasan "jawapan" kepada soalan yang kita tanya itu bergantung kepada siapa yang ditanya. Aku nekad untuk melanjutkan pelajaran kerana itu impianku sejak kecil. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kemanisannya lebih pedu semasa kita ada kelayakan SPM kerana ada banyak peluang yang dibuka. Jujur kata, sepanjang aku memiliki Ijazah Sarjana Muda, tak pernah sekali pun terpanggil temuduga. Namun, satu sisi lain sebenarnya benda yang aku mahu dan minat untuk teruskan hidup berdiri di sektor swasta. Sektor swasta bunyi nya mudah, tapi tak semua orang dapat survive dan gaji yang lumayan. Disaat aku merasakan "insecure" dengan segala kedudukan aku sekarang, aku sangat mengerti masih ramai diluar sana yang menagih kerja sesuai dengan kelayakan mereka. Bukan mahu bersikap pesimis, perjuangan ini menunt...
Setiap orang ada perancangan masa depan masing2. Ada sesetengah orang yang amat pentingkan kelayakan akademik. Awal2 dah siap letak matlamat paling kurang ada Degree msalnya. Tapi tak semua orang bernasib baik dan dapat sambung belajar terus. Ada yang buntu terus decide langsung tak sambung belajar. Jadi harini aku sekadar nak buat perbandingan depan mata kalau ada yang sedang nak buat keputusan. Btw aku baru je grad Ijazah dan bekerja sebagai Recruitment Consultant dekat sebuah company swasta di JB. Sejarah pendidikan aku melalui STPM sebab memang dah set up at least kena ada degree. PERSOALAN: Buat DIPLOMA rugi ke? Jawapan: Tak rugi kalau memang hasrat nak bekerja dan Ijazah bukan matlamat utama. Contoh mudah: Kawan sekerja A bekerja lepas diploma dengan gaji XX sesuai dengan kelayakan diploma. Biasanya diploma ni 3 tahun maka pada umur 20 tahun dah mula bekerja. Masa A tengah kerja B berguling2 habiskan degree dan A ada diploma tapi dah kumpul pengalaman 3 tahun. B pun ...