Skip to main content

Realiti VS Fantasi GRADUAN di Malaysia- Satu Pandangan

Seawal aku memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah, memang banyak benda-benda sumbang yang didengar dari pelbagai sudut.
Tatkala tu jugak aku sedar dan perasan "jawapan" kepada soalan yang kita tanya itu bergantung kepada siapa yang ditanya.
Aku nekad untuk melanjutkan pelajaran kerana itu impianku sejak kecil.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kemanisannya lebih pedu semasa kita ada kelayakan SPM kerana ada banyak peluang yang dibuka.
Jujur kata, sepanjang aku memiliki Ijazah Sarjana Muda, tak pernah sekali pun terpanggil temuduga.

Namun, satu sisi lain sebenarnya benda yang aku mahu dan minat untuk teruskan hidup berdiri di sektor swasta. Sektor swasta bunyi nya mudah, tapi tak semua orang dapat survive dan gaji yang lumayan. Disaat aku merasakan "insecure" dengan segala kedudukan aku sekarang, aku sangat mengerti masih ramai diluar sana yang menagih kerja sesuai dengan kelayakan mereka.

Bukan mahu bersikap pesimis, perjuangan ini menuntut keazaman dan iltizam yang tinggi. Dugaannya datang dari pelbagai bentuk, bos, rakan sekerja, persekitaran,,,,, jangan anggap drama melayu dekat TV tu real, memang boleh jadi realiti tapi permulaannya itu penentu.

Sewaktu belajar tolonglah persiapkan diri selaras dengan kelayakan yg dimiliki. Orang yang hebat dan aktif bukan main pun boleh terkontang-kanting. Kalau terlalu fokus akademik (boleh) kalau nak jadi academician yg aku percaya pun susah sekrang. kalau berniat nak ke industri, silalah pastikan soft skills tu berada dalam keadaan baik yer.

Yang penting seimbang, kalau dah pilih kelayakan semakin tinggi ni, pembawaan juga semakin berlainan. Kalau kita sama sahaja bahkan tiada nilai tambah,  itu puncanya banyak orang yang sembunyikan kelayakan yang mereka ada. ini REALITI, banyak orang yang sembunyikan kelayakan mereka.

Comments

  1. Salam..saya berminat nak belajar tentang bidang psokologi. Boleh kita jumpa? Kebetulan saya tinggal kota tinggi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cabang Psikologi di Malaysia

Kadang-kadang orang takut untuk memenuhi impian mereka untuk belajar psikologi. Persoalan yang sering ditanya; nanti habis belajar aku akan kerja apa? Banyak ke peluang pekerjaan? Aku belum habis belajar lagi, tapi aku ceritalah perkara yang boleh dimanfaatkan. Sebenarnya impian aku yang pertama adalah nak buat Law, tapi takde rezeki; keputusan MUET pun band3. Btw, kalau kau berangan sangat nak buat Law, dapatkan MUET band4 at least. Tak taulah sekarang macamana, mungkin lagi tinggi. Maka, beralihlah aku ke pelan kehidupan yang kedua (sila pastikan buat backup plan manatau ada halangan untuk capai impian pertama). Sekarang aku dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian ( Psikologi industri dan Organisasi) di Universiti Malaysia Sabah. Setahu aku, yang ada menawarkan jurusan psikologi di Malaysia; UKM, UIAM, UTM dan UMS. Tapi da ja U lain yang offer cabang psikologi seperti kaunseling; UM,   UUM, UNIMAS dll. Yang aku ceritakan sekarang semuany...

PENGALAMAN TEMUDUGA

Pada hari khamis lepas, Saya menghadiri temuduga untuk universiti utara malaysia (UUM) kat UUM kampus KL.. Temuduga yang saya hadiri tu sebagai salah satu syarat utk melayakkan diri dalam program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian... Program yg saya mohon bukan pogram pendidikan.. ada 2 je pogram bkn pendidikn dkat UUM yg ada temuduga iaitu: 1. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling 2. Ijazah Sarjana Muda pengurusan Kerja Sosial aq mmg ltak pogram kaunseling UUM as a first choice utk Non- RU la.... n mostly sume aq ltak kaunseling n psikologi jek... whihihi... tp aq amat la mngharapkn aq dapat tawaran USM utk pogram Pengurusan.. tp jgn nk berangan lebih sgt la kn...kehkehekeh.... yg pntg aq twu Allah dah tahu dah aq dpt mana... cuma sdg menanti bulan7 nie... utk semakan dapat U mana dan pogram apa... berbalik pd tajuk entry harini, aq bertolak ke KL seawal 4a.m!!! tp grak dri sgamat lar.... kol7 dah sampai bandar KL... tp, KL pye kesesak...

Senarai Subjek/Kursus Psikologi Industri dan Organisasi

Sebenarnya aku tak terfikir pun penulisan tentang Psikologi IO dapat sambutan hangat, banyak soalan yang aku dapat melalui email dan facebook. Baru-baru ni ada sorang junior, nama dia Aiyaz dok tanya aku senarai subjek. Rasanya macam tak berbaloi kalau di privatekan makumat baik macam ni. Jadi, sebagai senior yang murni hatinya (minta puji), abang dah tolong screenshot untuk adik-adik semua. Mudahlah korang nak belajar sungguh-sungguh atau malas-malas. Aku sekadar tunjuk subjek Teras, Kursus dan Elektif je ye. Di UMS ada gagasan lain yang kena ambil seperti Bahasa, subjek PPIB (subjek Uni). Teras Sekolah/Fakulti Teras Sekolah/Fakulti Teras Program IO Elektif IO ***post ini dibuat menggunakan tablet. nanti ada masa akan diperbaiki menggunakan komputer ya. Good Luck dan semoga berjaya! Pada semester akhir iaitu sem 6, adik-adik perlu pilih samaada nak buat Latihan Praktikum atau Latihan ilmiah. maklumat ni setakat batch saya lah. Jadi semaikan minat seawal ...