Skip to main content

Pengalaman Belajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

kalau berasal dari semenanjung je, mesti ada sesetengah orang akan fikir pergi Sabah sebab kena lelong.
Tahun 2016 ni kalau masih ada yang mentaliti macam tu, memanglah mentaliti jamban.
disebabkan malam ni aku terasa nak menulis blog dan kebetulan berbaki 3 minggu sahaja di UMS, graduate November nanti baik kiranya aku kongsi apa2 yang patut.
kenapa aku pilih Sabah?

Sebenarnya result aku masa STPM masih atas 3 dan boleh je dapat IPTA kat semenanjung tu, tapi sebab jurusan yang aku minat kurang pilihannya di semenanjung aku nekad untuk letak sahaja UMS dalam pilihan UPU.
Ada sesetengah tu, jurusan yang mereka minat ada di Sabah/Sarawak tapi tidak mahu pergi sebab jauh.
kalau semenanjung tu, pergi ke utara kalau dari Johor macam aku ni jauh juga.
Sekarang buka minda dulu luas-luas dan jangan letakkan universiti di Borneo ini berbeza dari yang semenanjung.

Disebabkan aku belajar di UMS, kurang sedikit la cerita berkaitan jiran sebelah (UNIMAS).
kita sedia tahu yang negeri Sabah ni kaya dengan biodiversiti dan kepelbagaian etnik.
untuk sampai ke UMS juga satu-satunya cara adalah melalui pengangkutan udara; kapal terbang.
mungkin ada sesetengah yang baca ni pun tak pernah naik kapal terbang, ini adalah cara terbaik untuk dedahkan diri dengan pengalaman menaiki kapal terbang contohnya tips nak dapat tiket murah, nak masuk Sabah walaupun kita orang semenanjung tetap kena lalu imigresen tapi kalau jadi pelajar UMS jangan risau, tunjuk sahaja kad matrik bersama IC.

UMS juga mempunyai landskap dan struktur muka bumi yang menarik.
Kita ada pantai sendiri (ODEC), bukit sendiri (UMS Peak) dan Dewan Canselor yang cantik.
disamping itu, banyak negeri daari seluruh Malaysia berkumpul di UMS ni, kadang2 walaupun dekat Sabah akan selalu dengar sekumpulan orang yang berbual bermacam-macam loghat sehingga kita rasa macam bukan dekat Sabah.
Pengalaman paling best sebab dapat belajar kepelbagaian budaya dan mengenali orang yang berbeza latar belakang.
kalau macam aku ni, kampung aku dulu semuanya orang Melayu, sebab tu kita mudah jadi racist.
tapi dekat sini macam-macam orang kita kenal dan mula hormati orang lain.

di Sabah juga aku berjaya buka luas-luas cara fikir aku.
jangnlah letak UMS sebagai pilihan sebab keputusan teruk, percayalah kau akan jadi orang baru yang berbeza sebab pengalaman yang dilalui pun berbeza.
aku belajar di kampus induk Kota Kinabalu, UMS ada 3 kampus; KK, Labuan dan Sandakan.
Labuan; Jurusan Kewangan Antarabangsa
Sandakan ; bidang pertanian semua dekat sana
KK; majoriti jurusan semuanya di KK selain diatas.

kalau ada nak tanya aku apa2 fasal UMS, boleh emel Fazrulpejo@gmail.com.

Comments


  1. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete

  2. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete
  3. As salam admin, Boleh tahu pelajar tahun 2 Dan ke atas boleh bawak kereta tak? Pastu, kena duk rumah sewa ke kalau tahun 2 dan ke atas ?

    ReplyDelete
  4. Hi admin, makanan di UMS ok tak dan harga barangannya berpatutan tak?

    ReplyDelete
  5. nk tnye..klau kde y bertemuduga kat sana ..kene pegi ke atau cuma buat vid jeh.

    ReplyDelete
  6. good info..tq sharing..btw..akak share ya..klau de adik2 kt sabah sarwak yg minat nk bljr diploma pendidikan awal kanak-kanak..under UPSI.bole wsp akak 011-16930576..ade progrm tu..yg mana nk bljr tourism pun bolewsp

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cabang Psikologi di Malaysia

Kadang-kadang orang takut untuk memenuhi impian mereka untuk belajar psikologi. Persoalan yang sering ditanya; nanti habis belajar aku akan kerja apa? Banyak ke peluang pekerjaan? Aku belum habis belajar lagi, tapi aku ceritalah perkara yang boleh dimanfaatkan. Sebenarnya impian aku yang pertama adalah nak buat Law, tapi takde rezeki; keputusan MUET pun band3. Btw, kalau kau berangan sangat nak buat Law, dapatkan MUET band4 at least. Tak taulah sekarang macamana, mungkin lagi tinggi. Maka, beralihlah aku ke pelan kehidupan yang kedua (sila pastikan buat backup plan manatau ada halangan untuk capai impian pertama). Sekarang aku dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian ( Psikologi industri dan Organisasi) di Universiti Malaysia Sabah. Setahu aku, yang ada menawarkan jurusan psikologi di Malaysia; UKM, UIAM, UTM dan UMS. Tapi da ja U lain yang offer cabang psikologi seperti kaunseling; UM,   UUM, UNIMAS dll. Yang aku ceritakan sekarang semuany...

PENGALAMAN TEMUDUGA

Pada hari khamis lepas, Saya menghadiri temuduga untuk universiti utara malaysia (UUM) kat UUM kampus KL.. Temuduga yang saya hadiri tu sebagai salah satu syarat utk melayakkan diri dalam program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian... Program yg saya mohon bukan pogram pendidikan.. ada 2 je pogram bkn pendidikn dkat UUM yg ada temuduga iaitu: 1. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling 2. Ijazah Sarjana Muda pengurusan Kerja Sosial aq mmg ltak pogram kaunseling UUM as a first choice utk Non- RU la.... n mostly sume aq ltak kaunseling n psikologi jek... whihihi... tp aq amat la mngharapkn aq dapat tawaran USM utk pogram Pengurusan.. tp jgn nk berangan lebih sgt la kn...kehkehekeh.... yg pntg aq twu Allah dah tahu dah aq dpt mana... cuma sdg menanti bulan7 nie... utk semakan dapat U mana dan pogram apa... berbalik pd tajuk entry harini, aq bertolak ke KL seawal 4a.m!!! tp grak dri sgamat lar.... kol7 dah sampai bandar KL... tp, KL pye kesesak...