Skip to main content

Backpacker ke Singapura Jimat

Walaupun aku tinggal di Johor, percaya ataupun tidak pertama kali aku pergi Singapura semasa umur 22 tahun! Tidak tahu kasihan atau tidak. Tidaklah kasihan sangat, ramai sahaja yang tidak pernah sampai lagi walaupun tinggal Johor. Aku memang banyak kali rancang nak pergi, tapi tak pergi-pergi. Sekali je abang aku ada nak hantar barang dekat rakan bisnes dia, kemudian aku pun ikutlah. Perjalanan aku ke Singapura tidak lama, 1 hari sahaja. Nak masuk Singapura tak sampai sejam pun kalau tidak sesak, bahkan lebih cepat! 30 minit ada rasanya. Tapi memadai, setakat berjaya pergi ke Merlion Park. Itu ikonik utama Singapura, dah bergambar kat situ rasanya macam dah jalan 1 Singapura dah. Kami guna kenderaan awam walaupun masuk Singapura guna kereta, sebab di sana bukan senang nak letak kenderaan macam kat Malaysia. Aku sangatlah jatuh cinta dengan Singapura walaupun negara mereka kecil, pengalaman aku bertanya arah dengan rakyat mereka sangatlah seronok! Mereka baik-baik belaka, mungkin aku bernasib baik atau memang sudah cukup menggambarkan “mereka”. Pertama tu, aku tanya nak pastikan arah untuk naik MRT ke arah Raffles Place, auntie yang sangat baik dan peramah tu tunjuk arah dan siap tunjukkan peta yang ada kat situ (aku pun satu, seperti tidak pernah naik MRT). Tapi kesungguhannya sangat aku kagumi, ada lebih kurang 3 orang auntie yang sedang berbual. Kali kedua, aku tak nampak kepala singa tu, ada seorang lelaki cina sedang berehat dari jogging sambil hisap rokok, juga baik dan peramah. Tapi hakikatnya, kalau kita tak cari pasal dengan orang tidak mungkin mereka nak bergaduh pula? Tapi tidak tentu juga, kalau dah “ganas” bukan kira orang.
Ini cerita kali kedua aku pergi Singapura sebab tengah cuti pertengahan semester dan aku gatal pulak nak balik kali ni. Duduk diam itu bukan Fazrul- kali ni aku pergi Singapura sendiri. Tempat yang aku nak lawat pun jimat-jimat belaka dan lebih penting cuma nak tengok perbezaan mereka dengan rakyat Malaysia. Singapura ni memang bersih, Presiden Singapura pun aku gemar, Lee Hsien Loong sebab aku like page facebooknya. Kali ni aku naik bas dari Bandar Penawar pergi Larkin (MYR9), kemudian ambil bas ke Singapura (MYR3.30). Bas yang aku naiki ini nama syarikatnya Johore-Singapore Express, ada pilihan lain seperti Causeway Link, SBS Transit dan lain-lain.  Semasa dikaunter Imigresen aku yang blur sikit ni tanya pada seorang Singaporean yang juga baik dan bawa aku untuk cari Borang Imegresen, rupanya perlu ambil dari seorang penjaga yang memang berdiri kat situ. Singaporean memang baik-baik! Pertama kali masuk ke Singapura guna pengangkutan awam dan seperti biasa sampai je Singapura mesti fikir tentang pengangkutan. Semestinya aku memilih MRT, lebih jimat, selesa dan tak sesak (ada sesetengah tempat sesak). Di kebanyakan negara maju, kad yang kita beli untuk MRT tu memang boleh guna untuk naik bas dan teksi. Tapi, aku memang tak pernah berniat dan cuba pun untuk masukkan teksi dalam senarai. Bukan murah! Lari semua bajet. Kad di Singapura namanya Ez-Link, sama ja macam Octopus kad ataupun touch-n-go. Harga kad ni SGD12 (SGD5=harga kad, dan baki dalam Ezlink tu adalah SGD7).
Bermulalah cerita seorang budak rabun dinegara jiran yang memang dekat terutamanya dari Johor. Aku akui kadang-kadang aku bingung sedikit. Oh ya, untuk kali kedua aku pergi ke Singapura secara solo, malam sebelum berangkat tu buat kajian sedikit untuk tempat lawatan, semuanya yang percuma! Berbekalkan MYR70, aku tukar duit dekat Larkin. Aku tidak kaji sangat tetapi banyak kali aku perasan ramai tukar duit dikedai itu. (MYR70=SGD22.60). Perkara pertama aku buat beli EZLink dekat stesen MRT terdekat (Bugis). Kalau kita naik bas ekspress, secara automatik akan turun di terminal bas dekat pusat bandar. Pendapat aku, lebih jimat berbanding naik bas turun Kranji, sebab perlu naik MRT yang melalui banyak stesen untuk sampai bandar, silalah beringat bahawa segala transaksi MRT adalah dalam SGD. Terminal bas ni dekat dengan Bugis MRT, jangan risau sebab ada penunjuk arah ke MRT terdekat.
Lebih menyayat hati, ketika aku sampai hujan lebat. Hampir 15-20 minit aku tersadai. Aku tak sanggup nak biarkan masa terbuang begitu sahaja, aku rempuh sahaja hujan renyai-renyai sebaik sahaja hujan reda. Walaupun macam lagu Menadah Gerimis nyanyian Ziana Zain, aku tetap seronok sebab aku minat! Dalam kehidupan ni, mudah sahaja untuk jadi hebat; perlu buat benda yang kita suka. Insyaallah, pasti berjaya. Walaupun ada penunjuk arah, aku masih bertanya orang dijalanan agar tak tersilap, kata orang malu bertanya sesat jalan bukan? Tapi memang sangat mudah untuk sampai ke Bugis MRT tu, jalan dalam 3-5 minit sahaja kalau jalan berlenggang-kangkung. Proses pertama adalah membeli Ezlink, ada sahaja negara-negara begini menyediakan Pas untuk pelancong, tanpa had! Tapi konsep aku nak merasakan budaya tempatan, kalau guna pas pelancong tu kelebihannya tanpa limit dan tak perlu risau duit habis. Kalau guna Ezlink, minima duit dalam tu mesti ada SGD3 (menurut pekerja kat MRT stesen itu) sebab ada sekali semasa imbasan kad tidak lepas sedangkan duit masih ada SGD3++. Aku pergi tambah nilai di kaunter servis sebab aku tiada duit kecil untuk menggunakan mesin. Aku nak tambah nilai SGD5, pekerja itu tersilap tambah nilai SGD10 (duit aku terakhir) yang berbaki hanyalah duit MYR. Tapi tidak mengapa, aku redha dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Antara senarai tempat menarik yang aku google dengan kata kunci carian “best free place Singapore, budget trip Singapore, Singapore must visit free. “free” tu amat penting, maklumat dengan kadar tukaran yang memang agak besar memang aku akui Singapore agak mahal. Tapi kelebihannya jaringan pengangkutan yang cekap, memang susah nak sesat dekat Singapore. Dalam membuat keputusan, aku perlu pilih nak pergi jauh atau dekat terlebih dahulu. Paling jauh pun tidaklah terlalu jauh, dari Bugis MRT turun dekat Chinese Garden. Dalam kawasan ni, adalah Chinese dan Japanese Garden, pada aku agak berbaloi, percuma! Tapi masih banyak dalam proses membaikpulih dan pembinaan, tapi cukup memadai kerana walaupun sedikit tapi berkualiti. Turun sahaja dari MRT Stesen itu terus sahaja melalui lorong yang dikelilingi pokok-pokok yang tinggi, permandangan yang agak menenangkan. Hampir satu jam juga aku menghabiskan masa kat situ, rasanya orang lain boleh ambil tempoh lebih panjang sebab aku malas nak naik menara satu bangunan berstruktur campuran Cina dan Jepun. Kembali semula aku menaiki MRT untuk ke destinasi seterusnya.
Disebabkan kawasan yang aku nak pergi kebanyakannya terletak dalam kawasan yang sama, sebab tu aku memilih untuk pergi Chinese Garden dulu. Destinasi seterusnya adalah Little India. MRT biasanya akan guna nama tempat terkenal untuk dilawati pelancong. Jadi tidak perlu susah-susah tengok peta sebab nama stesen MRT memang kawasan yang ingin dituju. Nama pun little India, untuk kesini menggunakan Purple Line (North East line). Kelainan gunakan laluan ni, arahan dalam MRT dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris. Terasa memang sangat pelbagai budaya dan apabila sampai kekawasan yang dituju tu memang menggambarkan namanya bukan sekadar indah khabar dari rupa. Sesampai sahaja di MRT Little India, memang kebanyakan penumpang adalah India dan apabila turun MRT juga ramai orang India berbeza ketika guna Green Line untuk ke Chinese Garden. Keluar je dari stesen MRT penuh dengan lukisan-lukisan pada dinding, kawasan makanan dan warna-warna yang menarik untuk dilihat. Disebabkan aku pergi bukan hari minggu, agak kurang pelancong asing tapi ada juga yang aku jangka dari Asia sebab badan halus. Berpusing-pusinglah aku melihat kawasan itu, banyak kedai-kedai, gerai yang jual produk yang berasaskan nama tempat tersebut. Mungkin pada “pelancong” tidaklah menarik sangat Little India ni, tapi pada aku cukup untuk melihat kawasan sekeliling dan menambah ilmu dan pengetahuan. Jadilah pengembara kerana sekecil-kecil perkara, pasti ada hikmah dibelakangnya terutamanya dalam membentuk jati diri. Malaysia juga kaya dengan kepelbagaian budaya, menjadikan kita lebih terbuka.
Hentian seterusnya adalah stesen MRT Dhoby Ghout. Disebabkan stesen Little India, Dhoby Ghout dan Chinatown dalam jalur yang sama, aku pilih untuk melalui laluan paling hujung sebelum berpatah balik kerana daripada Chinatown akan mempertemukan aku dengan hentian seterusnya dan tukar ke Blue Lane. Di Dhoby Ghout ni adalah stesen untuk ke Muzium Kebangsaan Singapura (National Museum of Singapore) yang terletak lebih kurang 500meter dan berjalan kaki. Masa ni juga aku jumpa Singaporean yang baik sebab aku bertanya arah dan dia siap bawa aku ke jalan utama walaupun kereta dia kat seberang jalan depan mata dia masa tu. Very nice experience so far walaupun baru kali kedua. Dari Dhoby Ghout, kita akan keluar dekat Plaza Singapura dan bolehlah kalau nak tengok-tengok. Aku memang bajet jadi memang tak beli apa-apa dan kenangan aku pun cuma duit syiling berbaki. Dari Plaza Singapura keluar sebarang pintu depan dan melintas dekat lampu trafik. Berdasarkan penerangan Singaporean yang aku tanya tu, dia kata Muzium tu betul-betul belakang YMCA. Aku pun memacu perjalanan kedepan sambil mencari YMCA, dalam 3-5 minit perjalanan yang bersuasanakan bandar dan ada lalu depan Singapore Arts School yang sedang diperbaik masa tu. Nak dijadikan cerita, masa aku tambah nilai EZLink dekat Outram Park SGD10. Pekerja tu tersalah masuk nilai dan aku pun mengizinkannya, tak tahu kenapa. Aku berjalan tanpa bekalan SGD tetapi ada MYR dalam beg tersedia untuk kecemasan. Jadi aku sekadar bergambar depan Muzium tu. Untuk student SGD5 (jika bawa kad bukti sebagai pelajar), harga normal adalah SGD10. Tapi aku tak ralat sangat tak masuk sebab percutian memang bersifat bajet dan tak boleh lupa kenangan dekat Muzium Macau yang amat mengantuk! Aku memang tak minat melawat muzium sebab aku lebih sukakan permandangan.
Setelah melalui perjalanan yang mempunyai permandangan cantik, aku teruskan perjalanan dengan menaiki MRT untuk ke Chinatown. Macam sebelum ini, telah aku konsepkan bahawa Singapura berjaya mencipta suasana yang bersesuaian dengan nama kawasan tersebut. Banyak gerai makan dan bangunan-bangunan berstruktur tradisional dikawasan tu. Aku sekadar berjalan-jalan pusing tempat tu, ada banyak juga kedai-kedai berjenama dalam bangunan bercirikan sejarah tu. Suasana dan persekitaran agak riuh rendah sebab banyak kedai-kedai yang jual pelbagai barang. Rasanya kawasan Chinatown adalah paling sekejap aku lawati mungkin kerana masa yang panjang dihabiskan di Chinese and Japanese Garden.
Chinatown juga adalah pertukaran ke Blue Lane ataupun Downtown Lane. Fasanya samanya kalau dah pakar guna mrt (baru rasa yakin sikit nak guna MRT di Korea nanti!) sebab lebih kurang sama sistemnya. Subway Singapura lebih kurang macam Hong Kong juga; efisien, bersih dan cekap. Destinasi seterusnya adalah turun dekat Bayfront. Disebabkan nama laluan tu adalah “downtown” aku nekad untuk turun disitu. Bila keluar dari stesen tu, hanya nampak  kawasan yang tersergam indah dengan bangunan tinggi-tinggi. Saat ni juga aku pilih untuk jalan kaki ke Garden of The Bay dekat Marina Bay, disini tempat jalan kaki paling jauh. Dalam otak nak jimat duit MRT dan penyudahnya makin bertambah bayaran MRT, nanti diceritakan sebabnya. Tapi sebagai backpacker, jalan kaki memang sebati kerana kita nak dapatkan kos paling minima tapi kepuasan diri maksima. Disamping berjalan tengok bangunan tinggi-tinggi, kita akan nampak juga masyarakat sekeliling yang ramai bersantai, joging, sedang berehat, ramai juga dalam pejalanan aku tu orang korporat yang menghisap rokok diluar bangunan (lelaki perempuan sama banyak!) mungkin imej korporat yang mereka pilih. Ramai juga backpacker yang berjoging, main basikal dan duduk bersantai. Paling seronok, tepi Marina Bay tu sediakan kerusi secara percuma untuk sesiapa duduk. Masa hari aku pergi sangat tenang sebab tak ramai orang dan kerusi kosong, permandangannya sangat mengagumkan dan dikelilingi pencakar langit Singapura kerana berada di tengah-tengah bandar.
Tak dapat aku nafikan keseronokan jalan kaki di Singapura. Selagi ada kudrat boleh je pilih naik pengangkutan awam, memang banyak jalan kaki. Sepanjang aku dekat Singapura aku takde guna peta pun. Kalau nak tahu arah, cuma tanya orang berdekatan kalau tak jumpa. Itu kelebihan jalan solo. Diri rasa lebih yakin dan menyayangi diri sendiri! Dalam perjalanan yang memang panjang tu, aku dah nampak Garden of the Bay dari jauh. Nampak dari jauh dan sememangnya jauh. Tips kalau korang naik pergi situ, masuk je dalam bangunan-bangunan tu. Perlu naik lift untuk sampai kesitu (Marina Bay Sands). Boleh sahaja masuk hotel tu dan masuk situ adalah percuma kecuali beberapa aktiviti lagi. Kalau nak lebih cantik silalah pergi pada waktu malam sebab dawai-dawai pokok tu akan akan bersinar dengan cantik. Di Singapura juga ada skrin macam GPS untuk menyatakan kepada pemandu tentang kesesakan lalulintas dan jangkaan masa untuk sampai ke kawasan tersebut. Walaupun perjalanan tak lah berapa nak jauh sebab aku pun duduk jb je, tapi merasakan perbezaan dengan negara maju berbanding kita negara membangun. Tapi masih bersyukur tinggal kat Malaysia. Alhamdulillah.
Ini adalah saat getir yang tak berapa nak getir. Tadi aku ada kata nak jalan kaki dari stesen MRT Downtown sehingga menyebabkan operasi “nak jimat” tak jadi jimat bahkan melalui lebih banyak laluan. Kecil sungguh Singapura. Aku berpusing cari MRT sampai jumpa MRT lain dalam peta MRT yang membuktikan kalau stamina kuat boleh je jalan kaki dalam kawasan tu, memang dekat-dekat. Soalan yang aku tanya pada seorang pekerja kat situ, dia kata MRT paling dekat Raffles Place, aku memang yakin lah sebab kali pertama pergi memang turun situ. Tapi aku terlajak jalan disebabkan keindahan persekitaran yang aku lalu. Lorong-lorong kedai makan (walaupun ada jual arak) sekurang-kurangnya menampakkan aku keadaan dan budaya disitu. Ramai Mat Salleh juga sebab kita tahu juga keterbukaan ekonomi Singapura dan memegang status negara maju sebab tu juga ramai mohon nak penduduk tetap (PR). Tapi itulah kelebihannya, walaupun tersesat dapat tengok banyak benda lain sepanjang perjalanan dan akhirnya aku jumpa MRT Clarke Quay (purple lane). Dua kali aku perlu transit untuk kembali kepangkal jalan iaitu Bugis MRT. Kelebihan pengangkutan awam Singapura adalah memang memudahkan dan signboard bersepah yang kalau sesat adalah kelalaian sendiri. Keadaan struktur bangunan yang tersusun menjadikan pengangkutan awam mereka mudah didapati dimana-mana tempat.
Sampai je dekat Bugis, aku takde SGD langsung menyebabkan aku terpaksa refund Ezlink dan rugi SGD5. Lagipun dalam tu masih berbaki dan aku malas nak tukar MYR. Dapatlah refund SGD10 dalam MYR 30, lantas aku beli tiket balik JB guna Causeway Link pulak SGD3.30. terpaksa bayar walaupun rugi (jangan berkira dalam menikmati perkara kita suka) tapi masih perlu berjimat! Lagipun sekarang aku masih belajar. Kalau nak pergi banyak tempat mestilah cuba minimakan perbelanjaan semapan mungkin. Masa ni juga aku rancang nak pergi Arab Street, ada Sultan Mosque yang agak terkenal tapi masa tak mengizinkan. Kalau aku dapat kerja kat Singapura nanti boleh kembangkan empayar perjalanan sebab Singapura hanya negara kecil sahaja, tapi hebat dan seronok. Susah nak dapat percutian bajet. Untuk Singapura aku tukar MYR70, dapat SGD22.60 berbaki SGD7. Maksudnya berbaki lebih kurang MYR20. Boleh je nak bercuti bajet, tapi aku memang takbeli apa-apa, makanan pun takde. Duit tu sekadar untuk pengangkutan Singapura memang menarik dan mudah untuk pergi terutamanya solo.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price!

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cabang Psikologi di Malaysia

Kadang-kadang orang takut untuk memenuhi impian mereka untuk belajar psikologi. Persoalan yang sering ditanya; nanti habis belajar aku akan kerja apa? Banyak ke peluang pekerjaan? Aku belum habis belajar lagi, tapi aku ceritalah perkara yang boleh dimanfaatkan. Sebenarnya impian aku yang pertama adalah nak buat Law, tapi takde rezeki; keputusan MUET pun band3. Btw, kalau kau berangan sangat nak buat Law, dapatkan MUET band4 at least. Tak taulah sekarang macamana, mungkin lagi tinggi. Maka, beralihlah aku ke pelan kehidupan yang kedua (sila pastikan buat backup plan manatau ada halangan untuk capai impian pertama). Sekarang aku dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian ( Psikologi industri dan Organisasi) di Universiti Malaysia Sabah. Setahu aku, yang ada menawarkan jurusan psikologi di Malaysia; UKM, UIAM, UTM dan UMS. Tapi da ja U lain yang offer cabang psikologi seperti kaunseling; UM,   UUM, UNIMAS dll. Yang aku ceritakan sekarang semuany...

PENGALAMAN TEMUDUGA

Pada hari khamis lepas, Saya menghadiri temuduga untuk universiti utara malaysia (UUM) kat UUM kampus KL.. Temuduga yang saya hadiri tu sebagai salah satu syarat utk melayakkan diri dalam program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian... Program yg saya mohon bukan pogram pendidikan.. ada 2 je pogram bkn pendidikn dkat UUM yg ada temuduga iaitu: 1. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling 2. Ijazah Sarjana Muda pengurusan Kerja Sosial aq mmg ltak pogram kaunseling UUM as a first choice utk Non- RU la.... n mostly sume aq ltak kaunseling n psikologi jek... whihihi... tp aq amat la mngharapkn aq dapat tawaran USM utk pogram Pengurusan.. tp jgn nk berangan lebih sgt la kn...kehkehekeh.... yg pntg aq twu Allah dah tahu dah aq dpt mana... cuma sdg menanti bulan7 nie... utk semakan dapat U mana dan pogram apa... berbalik pd tajuk entry harini, aq bertolak ke KL seawal 4a.m!!! tp grak dri sgamat lar.... kol7 dah sampai bandar KL... tp, KL pye kesesak...

Pengalaman Belajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

kalau berasal dari semenanjung je, mesti ada sesetengah orang akan fikir pergi Sabah sebab kena lelong. Tahun 2016 ni kalau masih ada yang mentaliti macam tu, memanglah mentaliti jamban. disebabkan malam ni aku terasa nak menulis blog dan kebetulan berbaki 3 minggu sahaja di UMS, graduate November nanti baik kiranya aku kongsi apa2 yang patut. kenapa aku pilih Sabah? Sebenarnya result aku masa STPM masih atas 3 dan boleh je dapat IPTA kat semenanjung tu, tapi sebab jurusan yang aku minat kurang pilihannya di semenanjung aku nekad untuk letak sahaja UMS dalam pilihan UPU. Ada sesetengah tu, jurusan yang mereka minat ada di Sabah/Sarawak tapi tidak mahu pergi sebab jauh. kalau semenanjung tu, pergi ke utara kalau dari Johor macam aku ni jauh juga. Sekarang buka minda dulu luas-luas dan jangan letakkan universiti di Borneo ini berbeza dari yang semenanjung. Disebabkan aku belajar di UMS, kurang sedikit la cerita berkaitan jiran sebelah (UNIMAS). kita sedia tahu yang negeri Sabah ...