Skip to main content

Kelebihan buat DIPLOMA.

Setiap orang ada perancangan masa depan masing2.
Ada sesetengah orang yang amat pentingkan kelayakan akademik.
Awal2 dah siap letak matlamat paling kurang ada Degree msalnya.
Tapi tak semua orang bernasib baik dan dapat sambung belajar terus.
Ada yang buntu terus decide langsung tak sambung belajar.
Jadi harini aku sekadar nak buat perbandingan depan mata kalau ada yang sedang nak buat keputusan.
Btw aku baru je grad Ijazah dan bekerja sebagai Recruitment Consultant dekat sebuah company swasta di JB.
Sejarah pendidikan aku melalui STPM sebab memang dah set up at least kena ada degree.

PERSOALAN: Buat DIPLOMA rugi ke?
Jawapan: Tak rugi kalau memang hasrat nak bekerja dan Ijazah bukan matlamat utama.

Contoh mudah:
Kawan sekerja A bekerja lepas diploma dengan gaji XX sesuai dengan kelayakan diploma. Biasanya diploma ni 3 tahun maka pada umur 20 tahun dah mula bekerja.
Masa A tengah kerja B berguling2 habiskan degree dan A ada diploma tapi dah kumpul pengalaman 3 tahun.
B pun mula bekerja dengan syarikat yg sama as fresh grad degree, gaji lebih sikit la dari starting A tapi dia lebih 200 setelah kenaikan gaji sepanjang hampir 3 tahun.
Kalau setakat ni, nampak degree holder untung.
Tapi tuptap A dapat offer kerja lain dengan guna diploma dan bekal pengalaman 3tahun.
Gaji sesuailah dengan org yg berkelayakan dan ada pengalaman, terus melonjak tinggalkan gaji B walaupun B start lebih daripada dia.
Tapi cerita diploma ni rugi sikit kalau impian dan matlamat nak buat degree, sebab akan jadi lebih panjang dan lebih kos.
Sekarang A buat part time degree, lebih kurang 5-6 tahun baru siap sebab degree full time pun ambil masa 3-4 tahun.

Jadi sesuaikan matlamat anda dan anak2 anda.
Kalau otak dah set awal2 nak belajar sampai degree, pilih medium pendek sikit seperti Matrik/Asasi/pra u. Tapi ada je diploma yg boleh transfer kredit ke Degree.
Sebab bila company cakap soal kelayakan, diploma pun dah cukup. Selebihnya dorang nak pengalaman.
Senang je majikan nak bagi gaji murah, dia tembak soal pengalaman dan cerita kena mula dari bawah.
Ni cerita situasi semasa peribadi aku ya.

Comments

  1. Nak tanya,nnti masa praktikal,boleh ke kita sambung terus kerja kat tempat yg kita praktikal tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cabang Psikologi di Malaysia

Kadang-kadang orang takut untuk memenuhi impian mereka untuk belajar psikologi. Persoalan yang sering ditanya; nanti habis belajar aku akan kerja apa? Banyak ke peluang pekerjaan? Aku belum habis belajar lagi, tapi aku ceritalah perkara yang boleh dimanfaatkan. Sebenarnya impian aku yang pertama adalah nak buat Law, tapi takde rezeki; keputusan MUET pun band3. Btw, kalau kau berangan sangat nak buat Law, dapatkan MUET band4 at least. Tak taulah sekarang macamana, mungkin lagi tinggi. Maka, beralihlah aku ke pelan kehidupan yang kedua (sila pastikan buat backup plan manatau ada halangan untuk capai impian pertama). Sekarang aku dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian ( Psikologi industri dan Organisasi) di Universiti Malaysia Sabah. Setahu aku, yang ada menawarkan jurusan psikologi di Malaysia; UKM, UIAM, UTM dan UMS. Tapi da ja U lain yang offer cabang psikologi seperti kaunseling; UM,   UUM, UNIMAS dll. Yang aku ceritakan sekarang semuany...

PENGALAMAN TEMUDUGA

Pada hari khamis lepas, Saya menghadiri temuduga untuk universiti utara malaysia (UUM) kat UUM kampus KL.. Temuduga yang saya hadiri tu sebagai salah satu syarat utk melayakkan diri dalam program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian... Program yg saya mohon bukan pogram pendidikan.. ada 2 je pogram bkn pendidikn dkat UUM yg ada temuduga iaitu: 1. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling 2. Ijazah Sarjana Muda pengurusan Kerja Sosial aq mmg ltak pogram kaunseling UUM as a first choice utk Non- RU la.... n mostly sume aq ltak kaunseling n psikologi jek... whihihi... tp aq amat la mngharapkn aq dapat tawaran USM utk pogram Pengurusan.. tp jgn nk berangan lebih sgt la kn...kehkehekeh.... yg pntg aq twu Allah dah tahu dah aq dpt mana... cuma sdg menanti bulan7 nie... utk semakan dapat U mana dan pogram apa... berbalik pd tajuk entry harini, aq bertolak ke KL seawal 4a.m!!! tp grak dri sgamat lar.... kol7 dah sampai bandar KL... tp, KL pye kesesak...

Realiti VS Fantasi GRADUAN di Malaysia- Satu Pandangan

Seawal aku memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah, memang banyak benda-benda sumbang yang didengar dari pelbagai sudut. Tatkala tu jugak aku sedar dan perasan "jawapan" kepada soalan yang kita tanya itu bergantung kepada siapa yang ditanya. Aku nekad untuk melanjutkan pelajaran kerana itu impianku sejak kecil. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kemanisannya lebih pedu semasa kita ada kelayakan SPM kerana ada banyak peluang yang dibuka. Jujur kata, sepanjang aku memiliki Ijazah Sarjana Muda, tak pernah sekali pun terpanggil temuduga. Namun, satu sisi lain sebenarnya benda yang aku mahu dan minat untuk teruskan hidup berdiri di sektor swasta. Sektor swasta bunyi nya mudah, tapi tak semua orang dapat survive dan gaji yang lumayan. Disaat aku merasakan "insecure" dengan segala kedudukan aku sekarang, aku sangat mengerti masih ramai diluar sana yang menagih kerja sesuai dengan kelayakan mereka. Bukan mahu bersikap pesimis, perjuangan ini menunt...