Skip to main content

Travelling Alone!!!

Zaman aku sedang berfikiran kebelakang,
selalu fikir jalan2 sorang ni macam looser.
takde kawan ke?? Seronok ke??
Kisah semuanya bermula apabila aku kenal sorang senior debat yang travel sana sini sorang2 (perempuan pulak tuh).
Aku terinspirasi dan berminat untuk belajar sebab aku memang suka jalan2 ni.
sebab aku juga faham IMPIAN orang tak sama. Tak semestinya mereka nak apa yang kau nak.
susah kalau bergantung sangat pada kawan, semua tak jadi.

Sebelum tu, kenalah belajar dulu.
Kali pertama aku ke luar negara adalah ke Hong Kong dan Macau.
Itu bukan travelling lonesome, aku belajar dan dapatkan keyakinan tu dengan 2 orang senior aku yang dah berkonvo pun.
sorang tengah buat master kat USM.
Sejak saat tu, aku amatlah bergembira untuk berada di barisan depan untuk jalan2.
Negara ketiga aku pergi adalah Singapura, itu pergi dengan abang aku sebab dia ada bisnes kat sana.
tapi naik MRT semua sendiri dan dapatkan maklumat dari penduduk setempat (abang aku tu tak expert sangat dengan Singapore).

Inilah kisahnya travelling sorang2 aku yang pertama.
KL jerrr... hhahaha..
tapi rasa tu memang seronok. Fbruari tahun depan pergi Langkawi, sendiri juga sebab tiket murah sangatttt..
Masa kat KL,naik LRT sorang, makan sorang, beratur beli tiket sorang.
rasa macam foreigner sebab semua Mat Saleh, Korea dan Japan la mostly.

Aku bergerak dari Bandar Tasik Selatan. Matlamat aku tak banyak cuma KLCC, Masjid Jamek dan Dataran Merdeka.
masa yang aku ada pun suntuk, sebab petang tu akan ke Ipoh.

harga tiket aku RM20 (exc gst). sebab aku gigih bawa kad student dan Mykad. Harga normal dalam RM26.

senarai bangunan tertinggi di seluruh dunia

Dataran Merdeka


Masjed Jamek
korang nak tau ke kelebihan jalan sorang2 ni?
Satu perkara baru yang aku jumpa setelah sekian lama hidup (22  tahun), satu tahap keyakinan yang maksima untuk berdiri atas kaki sendiri.
aku memang seorang yang yakin (minta puji), tapi tavel sendiri ni macam satu keajaiban yang kau suntik dalam badan yang menjadikan diri lebih kuat.

Impian aku nak travel seluruh dunia, sebab tu aku taknak harap sesiapa, aku perlu belajar dari sekarang.
Mula dari dalam negara, asia sehinggalah eropah.
Lagipun sekarang currency RM jatuh teruk, aku pun tangguhkan dulu plan untuk ke Korea/Japan.

btw, next year aku Konvo!!
aku sangat gembira sebab insyaallah satu lagi impian aku tercapai..
aku akan terus belajar untuk travel sendiri.
sampai ke puncak dunia.
Mungkin kalaupun ada seseorang yang hadir, mungkin isteriku.
(aku tak suka perempuan yang banyak songeh, kuat membebel dan tak hormat parents aku).
Kalau ada jodoh adalahhhh.. kannn. hehe..

Travelling memang akan menjadi keghairahan aku. oneday, bila aku dah kerja, paling kokak pun setahun sekali mesti flying abroad.
Sekarang mengigihkan diri untuk tahun akhir.
Harap aku terpilih untuk program mobiliti pelajar ke Indonesia, senang dah sebab settle checklist untuk visit indonesia. sambil menyelam minum air lah.

itu jelah cerita aku.

Salam.

Comments

Popular posts from this blog

Cabang Psikologi di Malaysia

Kadang-kadang orang takut untuk memenuhi impian mereka untuk belajar psikologi. Persoalan yang sering ditanya; nanti habis belajar aku akan kerja apa? Banyak ke peluang pekerjaan? Aku belum habis belajar lagi, tapi aku ceritalah perkara yang boleh dimanfaatkan. Sebenarnya impian aku yang pertama adalah nak buat Law, tapi takde rezeki; keputusan MUET pun band3. Btw, kalau kau berangan sangat nak buat Law, dapatkan MUET band4 at least. Tak taulah sekarang macamana, mungkin lagi tinggi. Maka, beralihlah aku ke pelan kehidupan yang kedua (sila pastikan buat backup plan manatau ada halangan untuk capai impian pertama). Sekarang aku dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian ( Psikologi industri dan Organisasi) di Universiti Malaysia Sabah. Setahu aku, yang ada menawarkan jurusan psikologi di Malaysia; UKM, UIAM, UTM dan UMS. Tapi da ja U lain yang offer cabang psikologi seperti kaunseling; UM,   UUM, UNIMAS dll. Yang aku ceritakan sekarang semuany...

PENGALAMAN TEMUDUGA

Pada hari khamis lepas, Saya menghadiri temuduga untuk universiti utara malaysia (UUM) kat UUM kampus KL.. Temuduga yang saya hadiri tu sebagai salah satu syarat utk melayakkan diri dalam program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian... Program yg saya mohon bukan pogram pendidikan.. ada 2 je pogram bkn pendidikn dkat UUM yg ada temuduga iaitu: 1. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling 2. Ijazah Sarjana Muda pengurusan Kerja Sosial aq mmg ltak pogram kaunseling UUM as a first choice utk Non- RU la.... n mostly sume aq ltak kaunseling n psikologi jek... whihihi... tp aq amat la mngharapkn aq dapat tawaran USM utk pogram Pengurusan.. tp jgn nk berangan lebih sgt la kn...kehkehekeh.... yg pntg aq twu Allah dah tahu dah aq dpt mana... cuma sdg menanti bulan7 nie... utk semakan dapat U mana dan pogram apa... berbalik pd tajuk entry harini, aq bertolak ke KL seawal 4a.m!!! tp grak dri sgamat lar.... kol7 dah sampai bandar KL... tp, KL pye kesesak...

Senarai Subjek/Kursus Psikologi Industri dan Organisasi

Sebenarnya aku tak terfikir pun penulisan tentang Psikologi IO dapat sambutan hangat, banyak soalan yang aku dapat melalui email dan facebook. Baru-baru ni ada sorang junior, nama dia Aiyaz dok tanya aku senarai subjek. Rasanya macam tak berbaloi kalau di privatekan makumat baik macam ni. Jadi, sebagai senior yang murni hatinya (minta puji), abang dah tolong screenshot untuk adik-adik semua. Mudahlah korang nak belajar sungguh-sungguh atau malas-malas. Aku sekadar tunjuk subjek Teras, Kursus dan Elektif je ye. Di UMS ada gagasan lain yang kena ambil seperti Bahasa, subjek PPIB (subjek Uni). Teras Sekolah/Fakulti Teras Sekolah/Fakulti Teras Program IO Elektif IO ***post ini dibuat menggunakan tablet. nanti ada masa akan diperbaiki menggunakan komputer ya. Good Luck dan semoga berjaya! Pada semester akhir iaitu sem 6, adik-adik perlu pilih samaada nak buat Latihan Praktikum atau Latihan ilmiah. maklumat ni setakat batch saya lah. Jadi semaikan minat seawal ...