Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Kelebihan buat DIPLOMA.

Setiap orang ada perancangan masa depan masing2. Ada sesetengah orang yang amat pentingkan kelayakan akademik. Awal2 dah siap letak matlamat paling kurang ada Degree msalnya. Tapi tak semua orang bernasib baik dan dapat sambung belajar terus. Ada yang buntu terus decide langsung tak sambung belajar. Jadi harini aku sekadar nak buat perbandingan depan mata kalau ada yang sedang nak buat keputusan. Btw aku baru je grad Ijazah dan bekerja sebagai Recruitment Consultant dekat sebuah company swasta di JB. Sejarah pendidikan aku melalui STPM sebab memang dah set up at least kena ada degree. PERSOALAN: Buat DIPLOMA rugi ke? Jawapan: Tak rugi kalau memang hasrat nak bekerja dan Ijazah bukan matlamat utama. Contoh mudah: Kawan sekerja A bekerja lepas diploma dengan gaji XX sesuai dengan kelayakan diploma. Biasanya diploma ni 3 tahun maka pada umur 20 tahun dah mula bekerja. Masa A tengah kerja B berguling2 habiskan degree dan A ada diploma tapi dah kumpul pengalaman 3 tahun. B pun ...

Senarai Subjek/Kursus Psikologi Industri dan Organisasi

Sebenarnya aku tak terfikir pun penulisan tentang Psikologi IO dapat sambutan hangat, banyak soalan yang aku dapat melalui email dan facebook. Baru-baru ni ada sorang junior, nama dia Aiyaz dok tanya aku senarai subjek. Rasanya macam tak berbaloi kalau di privatekan makumat baik macam ni. Jadi, sebagai senior yang murni hatinya (minta puji), abang dah tolong screenshot untuk adik-adik semua. Mudahlah korang nak belajar sungguh-sungguh atau malas-malas. Aku sekadar tunjuk subjek Teras, Kursus dan Elektif je ye. Di UMS ada gagasan lain yang kena ambil seperti Bahasa, subjek PPIB (subjek Uni). Teras Sekolah/Fakulti Teras Sekolah/Fakulti Teras Program IO Elektif IO ***post ini dibuat menggunakan tablet. nanti ada masa akan diperbaiki menggunakan komputer ya. Good Luck dan semoga berjaya! Pada semester akhir iaitu sem 6, adik-adik perlu pilih samaada nak buat Latihan Praktikum atau Latihan ilmiah. maklumat ni setakat batch saya lah. Jadi semaikan minat seawal ...

Pengalaman Belajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

kalau berasal dari semenanjung je, mesti ada sesetengah orang akan fikir pergi Sabah sebab kena lelong. Tahun 2016 ni kalau masih ada yang mentaliti macam tu, memanglah mentaliti jamban. disebabkan malam ni aku terasa nak menulis blog dan kebetulan berbaki 3 minggu sahaja di UMS, graduate November nanti baik kiranya aku kongsi apa2 yang patut. kenapa aku pilih Sabah? Sebenarnya result aku masa STPM masih atas 3 dan boleh je dapat IPTA kat semenanjung tu, tapi sebab jurusan yang aku minat kurang pilihannya di semenanjung aku nekad untuk letak sahaja UMS dalam pilihan UPU. Ada sesetengah tu, jurusan yang mereka minat ada di Sabah/Sarawak tapi tidak mahu pergi sebab jauh. kalau semenanjung tu, pergi ke utara kalau dari Johor macam aku ni jauh juga. Sekarang buka minda dulu luas-luas dan jangan letakkan universiti di Borneo ini berbeza dari yang semenanjung. Disebabkan aku belajar di UMS, kurang sedikit la cerita berkaitan jiran sebelah (UNIMAS). kita sedia tahu yang negeri Sabah ...

Backpacker ke Singapura Jimat

Walaupun aku tinggal di Johor, percaya ataupun tidak pertama kali aku pergi Singapura semasa umur 22 tahun! Tidak tahu kasihan atau tidak. Tidaklah kasihan sangat, ramai sahaja yang tidak pernah sampai lagi walaupun tinggal Johor. Aku memang banyak kali rancang nak pergi, tapi tak pergi-pergi. Sekali je abang aku ada nak hantar barang dekat rakan bisnes dia, kemudian aku pun ikutlah. Perjalanan aku ke Singapura tidak lama, 1 hari sahaja. Nak masuk Singapura tak sampai sejam pun kalau tidak sesak, bahkan lebih cepat! 30 minit ada rasanya. Tapi memadai, setakat berjaya pergi ke Merlion Park. Itu ikonik utama Singapura, dah bergambar kat situ rasanya macam dah jalan 1 Singapura dah. Kami guna kenderaan awam walaupun masuk Singapura guna kereta, sebab di sana bukan senang nak letak kenderaan macam kat Malaysia. Aku sangatlah jatuh cinta dengan Singapura walaupun negara mereka kecil, pengalaman aku bertanya arah dengan rakyat mereka sangatlah seronok! Mereka baik-baik belaka, mungkin aku be...