Skip to main content

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

hurm...
sebelum ni aku pernah update blog pasal debaran "kononnya" menunggu keputusan UPU...
debaran tu dah takde lagi sebab dah tahu dah dapat mana... haha...

sesuai dengan tajuk entri,
aku telah ditawarkan ke Unversiti Malaysia Sabah.
untuk makluman semua, terdapat 3 kampus UMS ni:
1. Kota Kinabalu
2. Labuan
3. Sandakan

aku dapat Kampus KK..alhamdulillah..bandar jugaklah dengarnya.. huhu...
aku telah ditawarkan ke program:

IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI DENGAN KEPUJIAN (psikologi industri dan Organisasi)
memang ada mintak program ni dalam permohonan UPU haritu..
so, tak terkejut sangat pun dpat Sabah...huhu..
betul cakap orang, kalau kita asyik cakap je, jadi makbul...
aku ni memang asyik cakap dengan mak, t hantar kat sabah jelah...
tup....tup... memang sabah destinasiku... huhu

quite happy sebab Sabah salah satu tempat yang aku nak pergi tetapi belum pergi...hekhek...
so, why not  aku manfaatkan peluang ni..
agak bersyukur jugak sebab diberikan peluang ni..
sebab aku tahu ramai lagi yang sedang bersedih sebab langsung tak mendapat tempat di IPTA..
tapi aku berharap jugaklah kawan2 yang buat rayuan tu mendapat tempat..
ramai2 berjaya lagi best kn??

lagi2 kalau yang ambil STPM macam aku ni...
bukan senang..
hari2 ulang alik pergi sekolah, buku pun tebal2...
jangan kata budak darjah 1-6 je bawa buku berat2,  kami pun sama taw... hehehe..

sebab tulah, kalau setahun setengah belajar kat form6, tak dapat sambung belajar mesti sedih..
tipu la kan tak sedih...
tapi adat la tuh, rezeki semua orang tak sama..
kadang2 Allah tahu yang terbaik..

berbalik kepada tajuk entri,
bagaimana persiapan aku ke sana??
sekarang baru siapkn cop mengecop, fotosmemetet dan yang ringan2 la..
beg bagasi pun da ada... heheh...

perasaan biasa2 je..
mungkin dah sampai sana baru luar biasa.. haha
yelah..bukan senang nak balik...
tapi aku yakin, aku akan oke kot kat sana...
aku nak berdikari..
dari dulu aku memang nak sangat keluar dari johor nie. :)

bila lagi, bukan senang dapat peluang macamni..
dapatlah fell obesis sikit kan...kuikuikui

kadang-kadang aku terfikir, kalau aku dah g jauh xberapa nak jauh tu ada orang rindu aku ke tak?
harap2 adalah :)

oke bha...
banyak da aku bebelin bah... hahaha...

ckp pasal bah2 nie,
td masa g bazar ramadan jumpa Ain Yusof,
dia kate "eh fazrul...ko dapat sabah ae..? jgn balik dari sana t ko bah2 bile ckp da lah"... hahaha..

tu je cter aku...
xberapa kelakar pun.. hehe..

nak bagitahu tu je....

gudnite!!.




Comments

Popular posts from this blog

Cabang Psikologi di Malaysia

Kadang-kadang orang takut untuk memenuhi impian mereka untuk belajar psikologi. Persoalan yang sering ditanya; nanti habis belajar aku akan kerja apa? Banyak ke peluang pekerjaan? Aku belum habis belajar lagi, tapi aku ceritalah perkara yang boleh dimanfaatkan. Sebenarnya impian aku yang pertama adalah nak buat Law, tapi takde rezeki; keputusan MUET pun band3. Btw, kalau kau berangan sangat nak buat Law, dapatkan MUET band4 at least. Tak taulah sekarang macamana, mungkin lagi tinggi. Maka, beralihlah aku ke pelan kehidupan yang kedua (sila pastikan buat backup plan manatau ada halangan untuk capai impian pertama). Sekarang aku dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian ( Psikologi industri dan Organisasi) di Universiti Malaysia Sabah. Setahu aku, yang ada menawarkan jurusan psikologi di Malaysia; UKM, UIAM, UTM dan UMS. Tapi da ja U lain yang offer cabang psikologi seperti kaunseling; UM,   UUM, UNIMAS dll. Yang aku ceritakan sekarang semuany...

PENGALAMAN TEMUDUGA

Pada hari khamis lepas, Saya menghadiri temuduga untuk universiti utara malaysia (UUM) kat UUM kampus KL.. Temuduga yang saya hadiri tu sebagai salah satu syarat utk melayakkan diri dalam program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian... Program yg saya mohon bukan pogram pendidikan.. ada 2 je pogram bkn pendidikn dkat UUM yg ada temuduga iaitu: 1. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling 2. Ijazah Sarjana Muda pengurusan Kerja Sosial aq mmg ltak pogram kaunseling UUM as a first choice utk Non- RU la.... n mostly sume aq ltak kaunseling n psikologi jek... whihihi... tp aq amat la mngharapkn aq dapat tawaran USM utk pogram Pengurusan.. tp jgn nk berangan lebih sgt la kn...kehkehekeh.... yg pntg aq twu Allah dah tahu dah aq dpt mana... cuma sdg menanti bulan7 nie... utk semakan dapat U mana dan pogram apa... berbalik pd tajuk entry harini, aq bertolak ke KL seawal 4a.m!!! tp grak dri sgamat lar.... kol7 dah sampai bandar KL... tp, KL pye kesesak...

Realiti VS Fantasi GRADUAN di Malaysia- Satu Pandangan

Seawal aku memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah, memang banyak benda-benda sumbang yang didengar dari pelbagai sudut. Tatkala tu jugak aku sedar dan perasan "jawapan" kepada soalan yang kita tanya itu bergantung kepada siapa yang ditanya. Aku nekad untuk melanjutkan pelajaran kerana itu impianku sejak kecil. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kemanisannya lebih pedu semasa kita ada kelayakan SPM kerana ada banyak peluang yang dibuka. Jujur kata, sepanjang aku memiliki Ijazah Sarjana Muda, tak pernah sekali pun terpanggil temuduga. Namun, satu sisi lain sebenarnya benda yang aku mahu dan minat untuk teruskan hidup berdiri di sektor swasta. Sektor swasta bunyi nya mudah, tapi tak semua orang dapat survive dan gaji yang lumayan. Disaat aku merasakan "insecure" dengan segala kedudukan aku sekarang, aku sangat mengerti masih ramai diluar sana yang menagih kerja sesuai dengan kelayakan mereka. Bukan mahu bersikap pesimis, perjuangan ini menunt...