Skip to main content

kerjaya seorang guru

Asalamualaikum...

post kali ini bukanlah ditulis oleh seorang insan yang bernama guru.
tapi aku cuma insan biasa yang pernah cuba untuk menjadi guru.
aq merupakan lepasan STPM dan sedang menunggu keputusan permohonan universiti tidak lama lagi.

terdetik dihati ini untuk bercerita tentang kerjaya ini..
ramai yang menganggap kerjaya ini mudah, gaji besar, asyikk cuti je...
untuk pengetahuan korang, sementara sambung belajar aku bekerja secara parttime..
duduk dekat rumah kakak aku yang bergelar seorang guru..

disinilah terdetik idea untuk menulis post pada hari ini..
ramai yang cakap cikgu cuti sekolah cuti, sabtu ahad cuti, sedangkan hakikatnya kakak aku tak macam tu pun.. hehe..

dia merupakan seorang guru penolong kanan di sebuah sekolah dalam daerah kota tinggi ni.
pada hari persekolahan biasa dia sampai rumah petang, bukan seperti yang dikhabarkan cikgu ni balik awal je...
hari-hari macam tu..
dekat rumah pulak jangan cakap la, ada saja kerja yg dibuat..
kadang-kadang aku tengok sampai tertidur kat atas kerusi..

pada cuti sekolah pula,
kena ke sekolah jugak..
bukanlah seperti yang diuar-uarkan cuti sekolah cikgu sekali dok cuti..

aku mengakui,
melalui pemerhatian aku sendiri,
profesion perguruan kini bukan seperti dahulu..
kini cabaran daripada budak-budak yang semakin pandai semakin menggugat dan mencabar kredebiliti seorang guru..
kerana pelajar lebih tahu banyak daripada seorang guru itu sendiri..
ini meyebabkan seorang guru itu sentiasa perlu menambah input-input baru dalam pemahaman mereka..

kita akui,
zaman teknologi yang semakin canggih ini menyebabkan kerjaya guru ini semakin mencabar..
jadi, kita sebagai individu tidak boleh memandang kerjaya guru ni adalah perkejaaan yang sambillewa..
memang tidak dapat dinafikan mereka dapat menikmati sedikit kelebihan dalam hal berkaitan cuti, tetapi aku merasakan semuanya setimpal dengan usaha yang mereka lakukan..

jadi kepada yang betul-betul meminati profesion ini,
perlu lah kental dan bersedia dari sekarang..
dunia teknologi makin maju bermakna pelajar juga semakin pandai..
kita tak boleh menggunakan wadah-wadah era 80-an dalam mendidik mereka..

post ini hanyalah sekadar pandangan dan perkongsian daripada seorang insan biasa yang belum jadi apa2.. :)
doakn kejayaan insan ini..

salam :)



Comments

Popular posts from this blog

Cabang Psikologi di Malaysia

Kadang-kadang orang takut untuk memenuhi impian mereka untuk belajar psikologi. Persoalan yang sering ditanya; nanti habis belajar aku akan kerja apa? Banyak ke peluang pekerjaan? Aku belum habis belajar lagi, tapi aku ceritalah perkara yang boleh dimanfaatkan. Sebenarnya impian aku yang pertama adalah nak buat Law, tapi takde rezeki; keputusan MUET pun band3. Btw, kalau kau berangan sangat nak buat Law, dapatkan MUET band4 at least. Tak taulah sekarang macamana, mungkin lagi tinggi. Maka, beralihlah aku ke pelan kehidupan yang kedua (sila pastikan buat backup plan manatau ada halangan untuk capai impian pertama). Sekarang aku dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian ( Psikologi industri dan Organisasi) di Universiti Malaysia Sabah. Setahu aku, yang ada menawarkan jurusan psikologi di Malaysia; UKM, UIAM, UTM dan UMS. Tapi da ja U lain yang offer cabang psikologi seperti kaunseling; UM,   UUM, UNIMAS dll. Yang aku ceritakan sekarang semuany...

PENGALAMAN TEMUDUGA

Pada hari khamis lepas, Saya menghadiri temuduga untuk universiti utara malaysia (UUM) kat UUM kampus KL.. Temuduga yang saya hadiri tu sebagai salah satu syarat utk melayakkan diri dalam program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian... Program yg saya mohon bukan pogram pendidikan.. ada 2 je pogram bkn pendidikn dkat UUM yg ada temuduga iaitu: 1. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling 2. Ijazah Sarjana Muda pengurusan Kerja Sosial aq mmg ltak pogram kaunseling UUM as a first choice utk Non- RU la.... n mostly sume aq ltak kaunseling n psikologi jek... whihihi... tp aq amat la mngharapkn aq dapat tawaran USM utk pogram Pengurusan.. tp jgn nk berangan lebih sgt la kn...kehkehekeh.... yg pntg aq twu Allah dah tahu dah aq dpt mana... cuma sdg menanti bulan7 nie... utk semakan dapat U mana dan pogram apa... berbalik pd tajuk entry harini, aq bertolak ke KL seawal 4a.m!!! tp grak dri sgamat lar.... kol7 dah sampai bandar KL... tp, KL pye kesesak...

Senarai Subjek/Kursus Psikologi Industri dan Organisasi

Sebenarnya aku tak terfikir pun penulisan tentang Psikologi IO dapat sambutan hangat, banyak soalan yang aku dapat melalui email dan facebook. Baru-baru ni ada sorang junior, nama dia Aiyaz dok tanya aku senarai subjek. Rasanya macam tak berbaloi kalau di privatekan makumat baik macam ni. Jadi, sebagai senior yang murni hatinya (minta puji), abang dah tolong screenshot untuk adik-adik semua. Mudahlah korang nak belajar sungguh-sungguh atau malas-malas. Aku sekadar tunjuk subjek Teras, Kursus dan Elektif je ye. Di UMS ada gagasan lain yang kena ambil seperti Bahasa, subjek PPIB (subjek Uni). Teras Sekolah/Fakulti Teras Sekolah/Fakulti Teras Program IO Elektif IO ***post ini dibuat menggunakan tablet. nanti ada masa akan diperbaiki menggunakan komputer ya. Good Luck dan semoga berjaya! Pada semester akhir iaitu sem 6, adik-adik perlu pilih samaada nak buat Latihan Praktikum atau Latihan ilmiah. maklumat ni setakat batch saya lah. Jadi semaikan minat seawal ...