Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

hurm... sebelum ni aku pernah update blog pasal debaran "kononnya" menunggu keputusan UPU... debaran tu dah takde lagi sebab dah tahu dah dapat mana... haha... sesuai dengan tajuk entri, aku telah ditawarkan ke Unversiti Malaysia Sabah. untuk makluman semua, terdapat 3 kampus UMS ni: 1. Kota Kinabalu 2. Labuan 3. Sandakan aku dapat Kampus KK..alhamdulillah..bandar jugaklah dengarnya.. huhu... aku telah ditawarkan ke program: IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI DENGAN KEPUJIAN (psikologi industri dan Organisasi) memang ada mintak program ni dalam permohonan UPU haritu.. so, tak terkejut sangat pun dpat Sabah...huhu.. betul cakap orang, kalau kita asyik cakap je, jadi makbul... aku ni memang asyik cakap dengan mak, t hantar kat sabah jelah... tup....tup... memang sabah destinasiku... huhu quite happy sebab Sabah salah satu tempat yang aku nak pergi tetapi belum pergi...hekhek... so, why not  aku manfaatkan peluang ni.. agak bersyukur jugak sebab diberikan pelua...

debaran menunggu keputusan UPU ESOK

asalamualaikum dan salam sejahtera... disebabkan hati ini gundah gulana memikirkan keputusan Universiti esok, tercetusnya hasrat untuk mencoretkan rasa di blog kesayanganku ini.. untuk pengetahuan, aku adalah pelajar lepasan STPM 2012.. result biasa-biasa saje.. sebab tu risau.. memanglah lepas sikit 3pointer, tapi masih membuatkan hati gundah untuk menanti keputusan esok.. aku ada memohon UPU dan USM.. keputusan kemasukan ke USM juga pada hari esok sama tarikh dengan UPU.. esok merupakan hari kedua puasa bersamaan dengan 11 Julai 2013.. aku tahu mesti ramai yang sedang merasai perasaan yang sama seperti aku untuk hari esok.. mana tidaknya, hampir setahun setengah di Prauniversiti jika tidak melanjutkan pelajaran pasti sesuatu yang amat merugikan.. tp kita percaya pada rezeki Allah kn?? hurmmm.... apa pun yang terjadi esok, aku harap aku bersedia menghadapinya.. sama ada airmata gembira atau airmata kedukaan... semoga mendapat tempat.. itu saje yang aku harapkan....

LIRIK LAGU BAHAGIAMU DERITAKU -HAFIZ

disebabkan keghairahan aku terhadap lagu ini, terdetik pulak nak letak entry lirik lagu ni.. lagu ni memang awesome dan semua lagu hafiz awesome.. aku sanggup dengar hari-hari lagu yang sama.. ulang-ulang pun takpe.. ni lirik lagunya.. Lirik Lagu Bahagiamu Deritaku – Hafiz Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjadi sahabatmu Siksanya mengakui kau teman biasa Terpaksa ku terima itu hakikatnya Yang pasti aku tak mau lupakan cinta Kau percik api membakar kenangan lama Aku tak tahu menilai cintamu Aku tak mampu pertahankan Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima Semakin ku sakit, semakin kau bahagia Mengapakah aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu Yang pasti aku tak mau lupakan cinta Kau percik api membakar kenangan lama Aku tak tahu menilai cintamu Aku tak mampu pertahankan Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima Semakin ku sakit, semakin kau bahagi...

semakan UPU sidang 2013/2014

Secara rasminya keputusan upu bagi sidang akademik 2013/2014 bagi lepasan STPM akan diumumkan pada 11 Julai 2013 bersamaan 2 Ramadhan 1434 Hijrah.Semakan blh dibuat selepas jam 12 tengahari melalui laman web berikut ; www.upu.mohe.my atau melalui telefon dengan menaip UPU RESULT No i/c hantar ke 15888. Harap Maklum!

"impianku musnahh!!" apa yang harus kita lakukan???

setelah aku tercari-cari perkara yang bermanfaat.. akhirnya aku membuat keputusan untuk menjadi blogger.. macam seronok je.. aku memang ada blog dari dulu, tapi tak nak orang tahu aku ada blog.. apakah?? haha.. berbalik kepada tajuk entry(jangan korang pulak yang terbalik), harini aku ada sedikit sedih dan rasa terkilan.. rsult UPU aku memang belum keluar lagi, tapi yang aku pasti aku tak dapat buat program impian aku.. sebab aku memang takde letak langsung dalam UPU program tu.. sebab????? sedar diri la weyhhh... hahaha.. (meskipun aku tergelak, ada sekali aku terNangis sebab tak dapat teruskan cita2 tu).. kalau lah korang tertanya-tanya sampai tak boleh nak makan, program impian aku sangat tu adalah "IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DENGAN KEPUJIAN" MUET aku cuma dapat Band3 shaja..Sejarah aku pun tak kuat.. mungkin Allah SWT memang nak tunjuk dari dulu Impian aku tu tak betul.. tapi aku masih tetap berdegil dan memilih STPM sebagai laluan kononnya nak...

kerjaya seorang guru

Asalamualaikum... post kali ini bukanlah ditulis oleh seorang insan yang bernama guru. tapi aku cuma insan biasa yang pernah cuba untuk menjadi guru. aq merupakan lepasan STPM dan sedang menunggu keputusan permohonan universiti tidak lama lagi. terdetik dihati ini untuk bercerita tentang kerjaya ini.. ramai yang menganggap kerjaya ini mudah, gaji besar, asyikk cuti je... untuk pengetahuan korang, sementara sambung belajar aku bekerja secara parttime.. duduk dekat rumah kakak aku yang bergelar seorang guru.. disinilah terdetik idea untuk menulis post pada hari ini.. ramai yang cakap cikgu cuti sekolah cuti, sabtu ahad cuti, sedangkan hakikatnya kakak aku tak macam tu pun.. hehe.. dia merupakan seorang guru penolong kanan di sebuah sekolah dalam daerah kota tinggi ni. pada hari persekolahan biasa dia sampai rumah petang, bukan seperti yang dikhabarkan cikgu ni balik awal je... hari-hari macam tu.. dekat rumah pulak jangan cakap la, ada saja kerja yg dibuat.. kadang-kada...

PENGALAMAN TEMUDUGA

Pada hari khamis lepas, Saya menghadiri temuduga untuk universiti utara malaysia (UUM) kat UUM kampus KL.. Temuduga yang saya hadiri tu sebagai salah satu syarat utk melayakkan diri dalam program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian... Program yg saya mohon bukan pogram pendidikan.. ada 2 je pogram bkn pendidikn dkat UUM yg ada temuduga iaitu: 1. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling 2. Ijazah Sarjana Muda pengurusan Kerja Sosial aq mmg ltak pogram kaunseling UUM as a first choice utk Non- RU la.... n mostly sume aq ltak kaunseling n psikologi jek... whihihi... tp aq amat la mngharapkn aq dapat tawaran USM utk pogram Pengurusan.. tp jgn nk berangan lebih sgt la kn...kehkehekeh.... yg pntg aq twu Allah dah tahu dah aq dpt mana... cuma sdg menanti bulan7 nie... utk semakan dapat U mana dan pogram apa... berbalik pd tajuk entry harini, aq bertolak ke KL seawal 4a.m!!! tp grak dri sgamat lar.... kol7 dah sampai bandar KL... tp, KL pye kesesak...