Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Realiti VS Fantasi GRADUAN di Malaysia- Satu Pandangan

Seawal aku memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah, memang banyak benda-benda sumbang yang didengar dari pelbagai sudut. Tatkala tu jugak aku sedar dan perasan "jawapan" kepada soalan yang kita tanya itu bergantung kepada siapa yang ditanya. Aku nekad untuk melanjutkan pelajaran kerana itu impianku sejak kecil. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kemanisannya lebih pedu semasa kita ada kelayakan SPM kerana ada banyak peluang yang dibuka. Jujur kata, sepanjang aku memiliki Ijazah Sarjana Muda, tak pernah sekali pun terpanggil temuduga. Namun, satu sisi lain sebenarnya benda yang aku mahu dan minat untuk teruskan hidup berdiri di sektor swasta. Sektor swasta bunyi nya mudah, tapi tak semua orang dapat survive dan gaji yang lumayan. Disaat aku merasakan "insecure" dengan segala kedudukan aku sekarang, aku sangat mengerti masih ramai diluar sana yang menagih kerja sesuai dengan kelayakan mereka. Bukan mahu bersikap pesimis, perjuangan ini menunt...