Skip to main content

Senarai Subjek/Kursus Psikologi Industri dan Organisasi

Sebenarnya aku tak terfikir pun penulisan tentang Psikologi IO dapat sambutan hangat, banyak soalan yang aku dapat melalui email dan facebook.
Baru-baru ni ada sorang junior, nama dia Aiyaz dok tanya aku senarai subjek.
Rasanya macam tak berbaloi kalau di privatekan makumat baik macam ni.
Jadi, sebagai senior yang murni hatinya (minta puji), abang dah tolong screenshot untuk adik-adik semua.
Mudahlah korang nak belajar sungguh-sungguh atau malas-malas.
Aku sekadar tunjuk subjek Teras, Kursus dan Elektif je ye.
Di UMS ada gagasan lain yang kena ambil seperti Bahasa, subjek PPIB (subjek Uni).

Teras Sekolah/Fakulti

Teras Sekolah/Fakulti

Teras Program IO
Elektif IO
***post ini dibuat menggunakan tablet. nanti ada masa akan diperbaiki menggunakan komputer ya.
Good Luck dan semoga berjaya!

Pada semester akhir iaitu sem 6, adik-adik perlu pilih samaada nak buat Latihan Praktikum atau Latihan ilmiah.
maklumat ni setakat batch saya lah.
Jadi semaikan minat seawal mungkin, nak skor memang tak semudah yang disangka.
Jangan fikir masuk UMS senang nak dapat pointer tinggi, tidak bagi kursus kita ya!
dah siap warning awal-awal.

Kalau ada hasrat nak sambung Psikologi Klinikal, mesti lepas 3.5 CGPA sebab Ipta yang offer UKM sahaja, private Help Universiti.
Saya rancang nak masuk Master in Science(Human Resource Development) di UTM.
Ambillah peluang ni sebaiknya, bole pilih nak pergi psikologi atau HR selepas habis belajar nanti.
Jangan skopkan fikiran ye.

Comments

  1. Assalam. Kalau nak sambung master..ijazah kene bidang yg sama ke? Kalau mcm sy ambik degree arabic studies ada can tak? Hehe

    ReplyDelete
  2. bagaimana dengan bahasa antarabangsa ya? student psikologi boleh ambil juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. Di UMS perlu lepas band3 MUET then boleh ambil bahasa antarabangsa

      Delete
  3. Psikologi klinikal ngn io lain ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain. Tapi asas pokoknya masih sama; PSIKOLOGI. Boleh sambung master Klinikal Psikologi jika berminat

      Delete
  4. Apa pekerjaan yg d tawarkan klu ambil psikologi io ni???

    ReplyDelete
  5. Salam, nice entry.
    Saya student IO UMS juga batch 17/20.
    Boleh tahu bro buat tesis/praktikum lepas sem 6 tu? Just nak tahu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cabang Psikologi di Malaysia

Kadang-kadang orang takut untuk memenuhi impian mereka untuk belajar psikologi. Persoalan yang sering ditanya; nanti habis belajar aku akan kerja apa? Banyak ke peluang pekerjaan? Aku belum habis belajar lagi, tapi aku ceritalah perkara yang boleh dimanfaatkan. Sebenarnya impian aku yang pertama adalah nak buat Law, tapi takde rezeki; keputusan MUET pun band3. Btw, kalau kau berangan sangat nak buat Law, dapatkan MUET band4 at least. Tak taulah sekarang macamana, mungkin lagi tinggi. Maka, beralihlah aku ke pelan kehidupan yang kedua (sila pastikan buat backup plan manatau ada halangan untuk capai impian pertama). Sekarang aku dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian ( Psikologi industri dan Organisasi) di Universiti Malaysia Sabah. Setahu aku, yang ada menawarkan jurusan psikologi di Malaysia; UKM, UIAM, UTM dan UMS. Tapi da ja U lain yang offer cabang psikologi seperti kaunseling; UM,   UUM, UNIMAS dll. Yang aku ceritakan sekarang semuany...

PENGALAMAN TEMUDUGA

Pada hari khamis lepas, Saya menghadiri temuduga untuk universiti utara malaysia (UUM) kat UUM kampus KL.. Temuduga yang saya hadiri tu sebagai salah satu syarat utk melayakkan diri dalam program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian... Program yg saya mohon bukan pogram pendidikan.. ada 2 je pogram bkn pendidikn dkat UUM yg ada temuduga iaitu: 1. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling 2. Ijazah Sarjana Muda pengurusan Kerja Sosial aq mmg ltak pogram kaunseling UUM as a first choice utk Non- RU la.... n mostly sume aq ltak kaunseling n psikologi jek... whihihi... tp aq amat la mngharapkn aq dapat tawaran USM utk pogram Pengurusan.. tp jgn nk berangan lebih sgt la kn...kehkehekeh.... yg pntg aq twu Allah dah tahu dah aq dpt mana... cuma sdg menanti bulan7 nie... utk semakan dapat U mana dan pogram apa... berbalik pd tajuk entry harini, aq bertolak ke KL seawal 4a.m!!! tp grak dri sgamat lar.... kol7 dah sampai bandar KL... tp, KL pye kesesak...

Pengalaman Belajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

kalau berasal dari semenanjung je, mesti ada sesetengah orang akan fikir pergi Sabah sebab kena lelong. Tahun 2016 ni kalau masih ada yang mentaliti macam tu, memanglah mentaliti jamban. disebabkan malam ni aku terasa nak menulis blog dan kebetulan berbaki 3 minggu sahaja di UMS, graduate November nanti baik kiranya aku kongsi apa2 yang patut. kenapa aku pilih Sabah? Sebenarnya result aku masa STPM masih atas 3 dan boleh je dapat IPTA kat semenanjung tu, tapi sebab jurusan yang aku minat kurang pilihannya di semenanjung aku nekad untuk letak sahaja UMS dalam pilihan UPU. Ada sesetengah tu, jurusan yang mereka minat ada di Sabah/Sarawak tapi tidak mahu pergi sebab jauh. kalau semenanjung tu, pergi ke utara kalau dari Johor macam aku ni jauh juga. Sekarang buka minda dulu luas-luas dan jangan letakkan universiti di Borneo ini berbeza dari yang semenanjung. Disebabkan aku belajar di UMS, kurang sedikit la cerita berkaitan jiran sebelah (UNIMAS). kita sedia tahu yang negeri Sabah ...