Skip to main content

target BM esei percubaan..2012

halluuuu....
harini aq nk cter r kat korg ape yg aq trget utk paper BM trial nie...
tp jgn lah percaya 100%...
tp slalunye tekaan aq benar! haha...

utk pertengahan tahun i get 42/50 marks utk karangan..
sbb ape??
target aq kuar sebijik...

utk trial bulan 9 nie,
aq trget karangan yg kuar ialah "cara meningkatkan mutu sukan negara.."
lagi2 bile byk pertandingan yg kite sertai KALAHHHH je...
paling jelas olimpik la...

n aq ad jmpe 1 essey yg agak mengagumkan dan dapat menjana idea mencurah2...
sila baca~~~ :)
tp yg aq bg nie bkn cth karangan STPM...
tp ckop bagus lah utk dijadikn penghayatan utk bdk2 bru blaja cm kite nie... hihi...
nie jgk salah 1 jalan utk mencapai pointer 3.67 skrg2nye...
doakan tw!!


nie karangannya:


Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran “jaguh kampung?” Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.
Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara “sebulat suara” ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah “dianak tirikan” oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, “hanya jauhari yang mengenal manikam”.
Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya “gandingan emas”, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya “sinar di hujung terowong” dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.
Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, “seperti melepaskan batuk di tangga”. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.
Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan”, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk negara!”



Comments

Popular posts from this blog

Cabang Psikologi di Malaysia

Kadang-kadang orang takut untuk memenuhi impian mereka untuk belajar psikologi. Persoalan yang sering ditanya; nanti habis belajar aku akan kerja apa? Banyak ke peluang pekerjaan? Aku belum habis belajar lagi, tapi aku ceritalah perkara yang boleh dimanfaatkan. Sebenarnya impian aku yang pertama adalah nak buat Law, tapi takde rezeki; keputusan MUET pun band3. Btw, kalau kau berangan sangat nak buat Law, dapatkan MUET band4 at least. Tak taulah sekarang macamana, mungkin lagi tinggi. Maka, beralihlah aku ke pelan kehidupan yang kedua (sila pastikan buat backup plan manatau ada halangan untuk capai impian pertama). Sekarang aku dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian ( Psikologi industri dan Organisasi) di Universiti Malaysia Sabah. Setahu aku, yang ada menawarkan jurusan psikologi di Malaysia; UKM, UIAM, UTM dan UMS. Tapi da ja U lain yang offer cabang psikologi seperti kaunseling; UM,   UUM, UNIMAS dll. Yang aku ceritakan sekarang semuany...

PENGALAMAN TEMUDUGA

Pada hari khamis lepas, Saya menghadiri temuduga untuk universiti utara malaysia (UUM) kat UUM kampus KL.. Temuduga yang saya hadiri tu sebagai salah satu syarat utk melayakkan diri dalam program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian... Program yg saya mohon bukan pogram pendidikan.. ada 2 je pogram bkn pendidikn dkat UUM yg ada temuduga iaitu: 1. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling 2. Ijazah Sarjana Muda pengurusan Kerja Sosial aq mmg ltak pogram kaunseling UUM as a first choice utk Non- RU la.... n mostly sume aq ltak kaunseling n psikologi jek... whihihi... tp aq amat la mngharapkn aq dapat tawaran USM utk pogram Pengurusan.. tp jgn nk berangan lebih sgt la kn...kehkehekeh.... yg pntg aq twu Allah dah tahu dah aq dpt mana... cuma sdg menanti bulan7 nie... utk semakan dapat U mana dan pogram apa... berbalik pd tajuk entry harini, aq bertolak ke KL seawal 4a.m!!! tp grak dri sgamat lar.... kol7 dah sampai bandar KL... tp, KL pye kesesak...

Pengalaman Belajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

kalau berasal dari semenanjung je, mesti ada sesetengah orang akan fikir pergi Sabah sebab kena lelong. Tahun 2016 ni kalau masih ada yang mentaliti macam tu, memanglah mentaliti jamban. disebabkan malam ni aku terasa nak menulis blog dan kebetulan berbaki 3 minggu sahaja di UMS, graduate November nanti baik kiranya aku kongsi apa2 yang patut. kenapa aku pilih Sabah? Sebenarnya result aku masa STPM masih atas 3 dan boleh je dapat IPTA kat semenanjung tu, tapi sebab jurusan yang aku minat kurang pilihannya di semenanjung aku nekad untuk letak sahaja UMS dalam pilihan UPU. Ada sesetengah tu, jurusan yang mereka minat ada di Sabah/Sarawak tapi tidak mahu pergi sebab jauh. kalau semenanjung tu, pergi ke utara kalau dari Johor macam aku ni jauh juga. Sekarang buka minda dulu luas-luas dan jangan letakkan universiti di Borneo ini berbeza dari yang semenanjung. Disebabkan aku belajar di UMS, kurang sedikit la cerita berkaitan jiran sebelah (UNIMAS). kita sedia tahu yang negeri Sabah ...